(Kedai ini hanya menjual buku-buku berbahasa Inggeris sahaja.)
Hehehe...kepada siapa yang belum jejak sini...diumumkan sekali lagi; kedai buku paling murah! Harganya boleh buat orang yang gila buku melopong. Jatuh rahang! Macam aku.
Dulu kedai ni kecik aje..sekarang dah besarrrr...semua harga buku sangat-sangat murah dari kedai buku yang lain. Contohnya kalau buku tulisan Sophie Kinsella berkulit keras harganya boleh capai hampir sembilan puluh ringgit tapi jika di sini hanya RM 17.90! Rata-rata novel berharga sekitar RM 6.90 sehingga 17.90. Bayangkan buku-buku James Patterson, Dean Koontz, Meg cabot, Mary Higgins Clark atau Stephenie Meyer boleh didapati dengan harga tersebut!
Lepas penat merabunkan mata melihat buku-buku tu kami turun ke tingkat bawah yang ada jual barang-barang antik, setem, syiling lama, cd dan piring hitam antik, replika dan macam-macamlah. Kalau tak silap gerai khas ni hanya ada setiap hari Sabtu dan Ahad sahaja. Kedai lain macam kompleks beli belah lain jugalah...lebih kurang sama. Datanglah kalau boring-boring duk kat rumah tu...hehehe..(aku ni macam promoter pulak dah..)
Apa pun..malam ni aku ada buku baru nak di baca! Ngeh ngeh ngeh...
p/s: Leo geram tak dapat ikut. Tido sampai pengsan..hahahaha
Tiada ulasan:
Catat Ulasan