B.U.K.U itu
mari masuk ke dunia lain!
15 April 2014
Pemandu Van Jenazah
Tajuk: Pemandu Van Jenazah
Penerbit: Utusan Karya
Tebal: 270 m/s
Buku ini merupakan kompilasi kisah pengalaman pemandu-pemandu van jenazah yang diceritakan kembali oleh penulis. Kebanyakkan cerita berkisar detik-detik penghantaran jenazah ke destinasi yang diingini oleh waris. Biasanya jenazah dihantar balik ke kampung halaman untuk dikebumikan.
Antara tajuk-tajuk yang terdapat dalam buku ini antaranya; Jenazah menyanyi, Mayat bangun keranda terbuka, Qarin atau syaitan, Siapa pemuda ini?, Sesat dimana?, Dia sudah balik, Kenapa risau sangat, Darah atas troli dan lain-lain.
Sekali imbas tajuk-tajuk ini bunyi seperti mengarut tetapi bukakan minda anda sewaktu membacanya sebab di dunia ini tiada apa yang mustahil.
Syaitan dan iblis akan cuba sedaya upaya menyesatkan dan menakutkan kita sampai ke hari kiamat. Lagipun bila membaca satu-satu tajuk dalam buku ini ia mengundang keinsafan tentang makna kematian dan ada juga kisah yang menyentuh hati.
' Bahawa, suatu hari nanti kita juga akan dimandi, dikapan dan diusung oleh orang yang kita sayangi. Kita akan diiring ke pusara dan lalu ditinggalkan bersendirian menanti kedatangan Munkar dan Nakir. Kematian, bagi yang mahu berfikir, tidak akan meninggalkan kita tanpa sesuatu yang sia-sia.'
Salah satu cerita yang menyentuh hati ialah tentang satu jenazah yang baru lepas dijatuhkan hukuman gantung sampai mati. Pada fikiran orang biasa sudah pasti keadaan jenazah itu mengerikan dengan lidah terjelir dan sebagainya. Namun demikian berlainan dengan jenazah ini, dia begitu cantik, bersih dan berseri. Sejahat mana pun manusia ini kita tidak ada hak untuk menentukan sama ada dia layak masuk syurga atau neraka kerana dihujung hidupnya kita tak tahu apa yang akan terjadi. Kemungkinan sewaktu hidupnya dia sempat bertaubat dan tuhan menerima taubat tersebut. Wallahualam.
04 April 2014
KACAU
Tajuk: KACAU
Penulis: Ariff Adly
Penerbit: Fixi
Tebal: 327 m/s
Nampak tak cover buku ni? Suspenkan? Memang teruja baca naskhah Ariff Adly ni. Kalau buat filem, mesti seram...
Kisah sekumpulan rakan rapat yang perangainya gila-gila tapi suka buat ghost hunt. Kalau di layar perak jadi clichelah sebab banyak skrip macam ni telah dibuat filem. Tetapi feel filem dan novel adalah tidak sama.
Jimie, Syida, Fiq, Amat, Al dan Ajim merupakan rakan rapat yang sering melepak bersama-sama. Mereka mempunyai kegemaran melawat tempat-tempat yang dikatakan berhantu semata-mata untuk keseronokkan.
Namun perkara-perkara pelik mula terjadi kepada mereka setelah mereka bermain spirit of the coin dalam satu bangunan tinggal. Satu-satu peristiwa ngeri mula menghantui... mangsa pertama Syira sepupu kepada Syida. Dia mati dalam keadaan menakutkan dan yang lain mula mendapat bayangan kematian.
Cara penulisan Ariff Adly amat sesuai dengan feel cerita. Santai tapi kita dapat berimaginasi dengan jalan cerita yang dibawa. Buku ini merupakan salah satu peminat Fixi mesti baca.
'Tiba-tiba, ada pergerakkan kecil daripada celahan rambut tadi. Aku dan Amat berundur beberapa tapak ke belakang. Setelah diperati beberapa lama, jelas kelihatan jari manusia di celah-celah rambut tadi. Lama kelamaan, tersembul satu kepala daripada celahan rambut.
"Fuck! AJIM!" jerit Amat, terkejut.
Ya, itu adalah Ajim. Aku masih terkaku di hadapan pintu, mata aku cuba mencari punca di mana rambut itu datang, dan apa yang aku lihat ialah...mulut Ajim!'
Apa sebenarnya yang dialami oleh mereka? 'Benda' apakah yang beria-ria menuntut nyawa daripada ke semua mereka?
18 Ogos 2013
Tombiruo
Tajuk: Tombiruo
Penulis: Ramlee Awang Murshid
Penerbit: Alaf 21
Tebal: 517 m/s
'Penunggu Rimba'
Dia digelar penunggu rimba atau tombiruo. Dirinya semacam mitos yang menakutkan. Hakikatnya Ejim hanya manusia biasa yang dibesarkan di rimba oleh Pondolou. Rupanya yang bukan rupa manusia itu disembunyikan Pondolou dibalik topeng.
Namun serangkaian peristiwa pembunuhan membawa Ejim bertemu dengan kembarnya Amiruddin dan seorang wartawan dari semenanjung, Wan Suraya.
Amiruddin yang masih berduka dengan kematian isteri dan bapa mertuanya mencurigai kemalangan yang menimpa mereka. Dia mendapati kemalangan tersebut telah dirancang.
"Manusia mampu berselindung tetapi tidak pada alam."
Baizura yang selama ini menetap di Terengganu pula terpaksa pulang ke Sabah untuk membantu perniagaan bapanya bersama Amiruddin. Mereka mula berdepan dengan musuh dalam selimut yang membayangi keluarga mereka.
Satu demi satu kejadian berlaku sampailah kepada penculikan Baizura dan Wan Suraya. Si pembunuh mulai serba tak kena bila Wan Suraya dapat menghidu dalang sebalik pembunuhan. Kemarahannya memuncak. Mampukah dia menghancurkan gadis itu ditengah-tengah hutan yang ditunggui sang Tombiruo?
Namun dalam huru hara pengkhianatan dan pertumpahan darah itu, Ejim bertemu makna TUHAN.
21 Julai 2013
BISIK.
Penulis: Syaihan Syafiq
Penerbit: Fixi
Tebal: 295 m/s
Kisah pelik. Aneh. Tentang jiwa yang kacau. Dari permulaan cerita, sampai habis cerita, novel ini betul-betul membuatkan aku teruja. Bahasanya simple tapi tepat dengan suasana dan feel cerita. Barulah rasa misteri. Namun sebab aku dah biasa baca buku genre begini aku dah dapat agak kaitan watak-watak tersebut. Tapi jangan bimbang walaupun anda dapat mengagak, namun tetap terasa ingin habiskan novel ini dalam satu malam. Hehe.
Mikael penulis yang tak punya lesen memandu dan tercari-cari rumah sewa yang murah, berkenalan dengan Nazzman tuan punya rumah flat yang misteri. Mulanya cuak jugalah Mikael sebab si Nazzman ni lain macam sikit namun lama-lama dia tak kisah.
Sejak pindah dari rumah lama (kerana housmate mati jatuh balkoni) Mikael mengalami kejadian hilang ingatan yang pelik. Dia juga terdengar bisikkan yang sebijik macam ada orang bercakap dengannya di sebelah. Dalam kehidupannya yang biasa-biasa itu, Mikael punyai teman rapat; Shah si pengkid dan aweknya Julia. Dia juga telah terjatuh cinta pada Suraya bekas kekasih temannya yang baru mati.
Tapi satu hari Suraya mati tergolek di sebelahnya. Mikael panik. Ketika inilah Nazzman muncul tolong lupuskan mayat Suraya. Di kerat-keratnya Suraya lalu bungkus masuk plastik. Kemudian timbul pula cerita si Ayu makcik kaya yang mengidam tubuh muda Mikael. Untuk sekali layan, beribu habuan Mikael terima. Tapi Ayu mati. Secara tragis juga.
Jadi siapa sebenarnya Nazzman yang kerap benar muncul dalam suasana Mikael buntu dan kalut?
09 Julai 2013
Mr. Sirap Bandung
Tajuk: Mr. Sirap Bandung
Penulis: Nadra Yasmina
Penerbit: Fajar Pakeer
Tebal: 660 m/s
" You biskut lemak yang masuk kategori rangup berkrim. Yang lain tu semua spesies lemau!"
Si Teja gadis yang cukup didikkan agama tapi seorang yang gila-gila, berkerja sebagai kerani stor di Kiara Arena Holdings. Nasibnya berubah bila suatu hari terserempak dengan CEO baru dalam lift. Masalahnya Teja tak tahu itu CEO. Difikirkannya mat despatch baru. Maklumlah ketika tu si CEO tu tak pakai formal sebab dia datang kerja pun dengan motorsikal. Pulak rambut panjang ikat kebelakang. Huh hensemlah.
Si CEO Thaqif Jazman pula beria-ria mengiakan dirinya despatch baru. Siap bagi nama 'Man' lagi tu. Maka bermulalah persahabatan si Man dan si Teja. Man suka perangai Teja yang jujur dan gila-gila. Apatah lagi dia mula belajar agama dengan ayah si Teja yang lumpuh. Man mula bahagia dengan kehidupan barunya. Justeru itu dia mahu Teja tahu siapa sebenarnya dia sebab takut Teja menuduhnya yang bukan-bukan. Dia memang sungguh-sungguh jatuh cinta dengan gadis tersebut.
Tapi marahkah Teja dengan Man?
..dan walaupun si Man ni sukakan Teja, tapi mampukah Teja mengambil hati keluarga Man yang berada dan kaya berbanding dengan dirinya yang serba sederhana. Kelulusan pun takat SPM saja. Lalu bersatukah cinta mereka?
Novel ni memang menghiburkan disamping memberi kesedaran betapa pentingnya memahami dan mempelajari bacaan ayat Al Quran dengan betul. Ia bukanlah novel berat tapi secara selamba penulis menyelitkan mesejnya sampai aku mulai berfikir ...bukan senang nak solat tanpa membaca al Fatihah dengan betul. Silap haribulan solat tu tak sah!
Penulis: Nadra Yasmina
Penerbit: Fajar Pakeer
Tebal: 660 m/s
" You biskut lemak yang masuk kategori rangup berkrim. Yang lain tu semua spesies lemau!"
Si Teja gadis yang cukup didikkan agama tapi seorang yang gila-gila, berkerja sebagai kerani stor di Kiara Arena Holdings. Nasibnya berubah bila suatu hari terserempak dengan CEO baru dalam lift. Masalahnya Teja tak tahu itu CEO. Difikirkannya mat despatch baru. Maklumlah ketika tu si CEO tu tak pakai formal sebab dia datang kerja pun dengan motorsikal. Pulak rambut panjang ikat kebelakang. Huh hensemlah.
Si CEO Thaqif Jazman pula beria-ria mengiakan dirinya despatch baru. Siap bagi nama 'Man' lagi tu. Maka bermulalah persahabatan si Man dan si Teja. Man suka perangai Teja yang jujur dan gila-gila. Apatah lagi dia mula belajar agama dengan ayah si Teja yang lumpuh. Man mula bahagia dengan kehidupan barunya. Justeru itu dia mahu Teja tahu siapa sebenarnya dia sebab takut Teja menuduhnya yang bukan-bukan. Dia memang sungguh-sungguh jatuh cinta dengan gadis tersebut.
Tapi marahkah Teja dengan Man?
..dan walaupun si Man ni sukakan Teja, tapi mampukah Teja mengambil hati keluarga Man yang berada dan kaya berbanding dengan dirinya yang serba sederhana. Kelulusan pun takat SPM saja. Lalu bersatukah cinta mereka?
Novel ni memang menghiburkan disamping memberi kesedaran betapa pentingnya memahami dan mempelajari bacaan ayat Al Quran dengan betul. Ia bukanlah novel berat tapi secara selamba penulis menyelitkan mesejnya sampai aku mulai berfikir ...bukan senang nak solat tanpa membaca al Fatihah dengan betul. Silap haribulan solat tu tak sah!
14 April 2013
Cik Blur dan Encik Ikhlas
Tajuk: Cik Blur dan Encik Ikhlas
Penulis: Airisz
Penerbit: Karyaseni
Tebal: 481 m/s
"Kita ditakdirkan untuk sama-sama suka"
Kali ni Airisz bercerita tentang Kasih Khalisha dan En. Ikhlas yang berkerja dalam satu pejabat. Kerana mulut laser dan sikap baran En. Ikhlas yang selalu sangat menyakitkan hatinya Kasih tekad untuk berhenti kerja.
"Semuanya salah! Semuanya tak betul! Saya belum pernah jumpa pekerja sebebal awak ni! Awak ni pernah pergi sekolah ke tidak?"
Hari-hari kena marah lebih baik dia angkat kaki. Lalu Kasih bersetuju untuk berkerja sementara sebagai tukang kemas rumah selama empat puluh hari mengantikan makcik si Pijot yang mahu ke Mekah. Daripada menganggur baiklah kerja aje.
Tapi malangnya rumah tempat dia kerja tu ialah rumah En. Ikhlas. Mahu tak mahu Kasih terpaksa teruskan juga sebab duit pendahuluan dia dah terima. Memang dia malu. Bengang jugaklah...Tapi peliknya karekter En. Ikhlas berubah pulak. Selalunya macam rimau, ni baik semacam...
Mungkin selalu nampak, Kasih terjatuh hati dengan lelaki tersebut. Tambahan lagi hatinya sakit bila kekasihnya Naim bermain kayu tiga dengan teman sepejabatnya sendiri. Kasih mula rasa bahagia berada bersama En. Ikhlas yang dulunya dia cukup menyampah. Tu lah, jangan benci orang sangat, nanti jatuh suka...hehehe
Tapi kebahagian itu tak berpanjangan bila En. Ikhlas bertunang. Patah hatinya. Dalam masa yang sama dia juga reda dengan pilihan ibu bapanya menyatukannya dengan anak teman baik mereka. Jadi apa kesudahan cinta Kasih?
Secara jujurnya aku lebih suka novel Airisz yang sebelumnya Cik Bunga dan En. Sombong. Mungkin karekter Kasih Khalisha dalam buku ni tidak berapa aku berkenan...hihihi...tapi still boleh enjoylah..
30 Mac 2013
Adam Dan Hawa
Tajuk: Adam Dan Hawa
Penulis: Aisya Sofea
Penerbit: Alaf 21
"Tak usah diucap, tak usah dilafaz aku dah mengerti bahasa cintamu"
Ain Hawani ditakdirkan bertemu Adam Mukhriz di sekolah Tadika Bintang kecil. Pertemuan itu sering menjadi debar di dada Ain. Adam (Am) jejaka kacak yang digilai ramai wanita dan Ain amat sedar akan hal tersebut. Namun jodohnya memang tersurat dengan Adam. Tapi dengan cara yang amat memalukannya. Walaupun dia diperangkap namun Adam cuma diam seolah membenarkan tuduhan khalwat ke atas mereka.
Lantas seribu kebencian menjadi nanah dijiwa Ain. Dia tidak rela berkahwin dengan lelaki hidung belang. Dia belum bersedia untuk menjadi seorang isteri diusia muda begitu tambahan lagi dia ingin mengapai cita-citanya. Perkahwinan itu ibarat gaung dalam yang memusnahkannya. Ain benci Adam!
Ain membawa diri keluar negara menyambung pengajiannya. Pada sangkaannya sekian lama tidak berhubung lagi dengan Adam, hubungan suami isteri mereka telah terlerai. Dia rapat dengan Johan. Walaupun bertemu Adam di Masjidilharam perasaan Ain masih diselubungi kebencian biarpun ada rasa cinta yang tak terluah.
Hubungan Ain dengan Johan tidak disenangi keluarga Ain kerana selama ini mereka menyimpan rahsia yang Ain masih sah isteri Adam. Cuma Ain saja yang salah sangka. Hubungannya dengan Johan yang tidak sekuat mana itu ternokhtah juga bila Johan jatuh cinta dengan Azie teman baiknya. Mulai itu Ain mula memikirkan arah tujuan rumahtangganya dengan Adam.
Mampukah dia mengusir rasa benci yang telah bersemadi bertahun-tahun dulu? Berubahkah Adam selama bertahun ditinggalkan Ain?
Errr...aku tak tengok pun drama adaptasinya di TV. Orang kata agak lainlah dari novel. Mungkin nak buat lagi dramatik kot. Tapi novel ni antara yang menjadi favorite aku. Jalan ceritanya tak adalah complicated macam kat TV tu..hehehe...
23 Mac 2013
Sehangat Asmara
Tajuk: Sehangat Asmara
Penulis: Aisya Sofea
Penerbit: Alaf 21
Tebal: 548 m/s
"Bibir tidak perlu berkata, bila hati sudah mula bersuara."
Ini antara novel Aisya Sofea yang menjadi favorite aku. (Dah bertahun beli buku ni. Asyik ulang baca je...) Suka sangat dengan watak Zainal Ariff tu...romantik...hehehe..
Kamilia Najwa (Kay) jatuh cinta dengan Zainal Arief. Cinta yang tak sedarjat. Akibatnya tentangan keluarga Kay berdatangan. Biarpun mereka sudah bernikah, cinta mereka dihambat musibah.
Sehinggalah Zainal tiba-tiba hilang dan muncul semula selepas sembilan tahun. Muncul dengan menuntut Misya anak yang tidak diketahuinya selama ini. Sejak itu Kay berperang dengan perasaan cinta yang masih kuat terhadap bekas suaminya itu dan perasaan benci kerana ditinggalkan tanpa sebab.
Entah mengapa kerana Misya, Kay akhirnya sanggup berkahwin kali kedua dengan lelaki itu biarpun jawapan terhadap masa silam mereka amat didambakan. Setiap kali bertanya, Zainal mengelak atau memberi jawapan pasif. Seolah-olah sembilan tahun itu tidak bererti apa-apa. Namun semakin dekat Kay dalam kehidupan Zainal, rahsia sembilan tahun itu terbongkar jua.
Kay rasa berdosa dan terpukul. Suami yang disangka bersalah dan kejam meninggalkannya rupanya hanyalah lelaki yang terpaksa dan dipaksa. Lelaki yang pemaaf dan sanggup membetulkan segala yang berlaku tanpa mengungkit lagi kepahitan yang lalu. Lalu sanggupkah Kay memaafkan orang yang merosakkan kebahagian mereka suatu ketika dulu?
Dengarnya dah dijadikan drama...tapi aku malas nak tengok. nanti rupa dan karekter watak-watak yang aku telah bayangkan bertahun-tahun akan terlerai bila pandang saja pelakon-pelakon yang berlakon drama adaptasi. Sebab..tak seorang pun yang sama macam apa yang aku bayangkan...maap le...hehehehe...
22 Mac 2013
Pesanan Terakhir Seorang Lelaki
Tajuk: Pesanan Terakhir Seorang Lelaki
Penulis: Norhayati Berahim
Penerbit: Creative Enterprise
Tebal: 444 m/s
"Kasihnya jauh tercicir"
Atiqah gadis sederhana yang menyewa di belakang rumah Hajah Mimah. Pada mulanya Nik Arif si anak bujang Hajah Mimah tak suka pada Atiqah. Dia menganggap Atiqah hanya nak mengambil kesempatan berbaik dengan emaknya. Tiap kali emaknya mempromosi Atiqah, Nik Arif buat tak tahu. Baginya Atiqah hanya kerani dan tidak layak berganding dengan pegawai berpangkat tinggi sepertinya.
" Emak ni mengarut betul. Budak yang pakai tudung, bawa Poton buruk tu? Hisss... bukannya cantik. Dahlah tu, macam perempuan gatal aja. Sejak Nik balik, dia selalu hantar makanan."
Kutuk punya kutuk akhirnya Nik Arif termakan kata-katanya sendiri. Dia buka saja jatuh cinta tapi sudah tahap menggilai Atiqah sampai gadis itu naik lemas. Sejak gadis itu datang membaiki komputernya Nik Arif sudah tidak ingin memandang gadis lain.
Namun banyak tentang diri gadis itu yang misteri. Atiqah kelihatan lebih bijak dari kerjanya sebagai kerani. Kemudian Nik Arif mendapati saudara mara Atiqah ternyata bukan calang-calang orang. Tambahan lagi ibunya merupakan ahli perniagaan di New Zealand. Padahal jika dilihat dari luaran orang tak sangka dia anak orang kaya.
Apa yang Nik Arif tidak tahu ialah Atiqah anak tunggal seorang kenamaan yang terkenal, Datuk Marzuki. Lelaki itu terkenal dengan perangainya yang kaki perempuan. Sampai satu-satu anaknya lari dari hidupnya. Datuk Marzuki menyesal dengan apa yang telah dibuat pada keluarganya sendiri. Dia ingin menebus dosa-dosanya terhadap isteri dan anaknya tetapi mungkinkah sudah terlewat?
Tegarkah Atiqah memaafkan kesilapan seorang ayah yang pernah mengabaikan keluarga kerana perempuan? Marahkah Nik Arif bila mengetahui siapa Atiqah sebenarnya?
15 Mac 2013
Aku Bercerita
Tajuk: AKU BERCERITA
Penulis: Ramlee Awang Murshid
Penerbit: Alaf 21
Tebal: 601 m/s
"Kadangkala sesebuah cerita melangkaui batas fikiran"
Secara jujurnya aku amat menyukai naskhah Ramlee yang ini. Cukup kreatif dan lain dari yang lain! Setiap cerita-cerita yang tercetak di dalamnya berdiri sendiri dengan pemangkinnya cuma watak 'aku'.
Kisahnya amat misteri bila seorang penulis merasakan ada orang lain menulis dengan menggunakan laptopnya. Setiap cerita tersebut dicurinya dengan alasan ia berada dalam komputernya sendiri. Rentetan itu beberapa perkara aneh terjadi ke atas dirinya.
Cerita-cerita pendek yang diambilnya sangat menarik. Setiap cerita memberi kejutan dihujung-hujung kisah. (Aku baca sampai habis dan tak keluar ke mana-mana pun waima ke tandas! ngeh ngeh ngeh). Kisah 'Bunian', 'Culik', 'Cinta matiku', "Sang Kancil' dan 'Cut' mempunyai keistimewaannya yang tersendiri. Sampailah diakhir cerita ada lagi satu cerita yang tersembunyi.
"Kau hampir-hampir menyerupai aku tapi kau bukan aku".
Jadi siapa 'aku' ?
Langgan:
Catatan (Atom)